Skip to content

Arena Timur

Arena mencari keadilan

Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak, Khalil Idham Lim berkata, walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak memihak kepada PR tetapi bukan bermaksud kalah di ‘mahkamah rakyat’.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli, penyokong dan pekerja parti menyusun langkah lebih terancang dan sisitematik bagi memastikan PR terus berada di hati rakyat.

“Saya yakin bahawa gelombang rakyat yang mahukan perubahan di Perak masih tidak luntur dan perlu dijana terus untuk memastikan mereka tetap memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

“Keputusan tersebut bukannya kita mengaku kalah namun atas prinsip menghormati keputusan mahkamah,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Beliau juga menyeru ahli-ahli dan penyokong penyokong PR supaya bertenang dan berlapang dada berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin dalam kes Menteri Besar Perak semalam.

“Kita minta semua penyokong Pakatan Rakyat khususnya di Perak supaya bertenang dan menerima hakikat bahawa keputusan itu hendaklah dihormati sebagai satu proses undang-undang yang ada di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Menurutnya, segala tindakan yang dilakukan oleh semua penyokong PR selepas ini mestilah dalam keadaan yang perlu dikawal dan jangan melangkaui undang-undang dan peraturan yang sedia ada.

Oleh itu, katanya pendukung PR hendaklah mengelakkan sesuatu tindakan yang melanggar undang-undang walaupun akan melalui provokasi dari pihak musuh.

“Bagi yang menganut agama Islam, saya menyeru kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya terus mendoakan kesejahteraan kepimpinan kita dan Allah memberikan sifat sabar dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan perjuangan,” jelasnya.

Tambahnya, semua pemimpin dan seluruh penyokong hendaklah terus memastikan tindakan yang dilakukan adalah untuk memenangkan PR dengan meneruskan usaha menerangkan kepada rakyat yang belum menyokong PR mengenai dasar dan prinsip perjuangannya yang jauh berbeza dengan BN.

“Usaha-usaha penerangan mestilah ditingkatkan dan janganlah banyak unsur menyerang semata-mata,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS negeri.

Beliau percaya penyokong PR sangat berdisplin dan mematuhi undang-undang dan boleh dikawal sejak keputusan diumumkan semalam.

Justeru, beliau menafikan sekiranya ada bentuk provokasi dari pihak lawan untuk memburukkan PR bagi menggambarkan PR menolak keputusan kelmarin.

Khalil juga berharap semua Adun PR telah membuat keputusan untuk menjadi pembangkang yang efektif di Dun Perak dengan beberapa syarat yang diperjelaskan dalam sidang media malam tadi, termasuk yang berkaitan dengan jawatan Speaker dan tiga Adun `katak’ yang perlu diperjelaskan selepas ini.

Tegasnya, semangat semua Adun Pakatan Rakyat masih tidak luntur, malah terus bersemangat kental.

“Kekuatan semangat yang dimiliki oleh Datuk Seri Nizar yang tidak pernah luntur mestilah menjadi contoh kepada semua pihak untuk meneruskan perjuangan yang belum berakhir,” ujarnya .

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin mahu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak mendiskriminasi Adun Pakatan dan menunjukkan keikhlasan jika benar-benar mahu mereka memberikan kerjasama.

Pada sidang media di Pejabat PAS Perak malam tadi, beliau berkata, Adun Pakatan sedia memberikan kerjasama untuk kemajuan dan pembangunan negeri namun segala sekatan ke atas Adun Pakatan Rakyat perlu dihentikan.

Ianya termasuk tidak menghalang peruntukan kepada setiap Adun Pakatan Rakyat supaya mereka dapat meneruskan khidmat kebajikan kepada rakyat tanpa batasan perkauman dan fahaman politik.

Adun Pakatan juga perlu diberi kebenaran menggunakan dewan-dewan orang ramai untuk kebaikan rakyat.

Nizar juga mahukan Kerajaan BN Perak memberikan ruang yang secukupnya kepada Pakatan Rakyat untuk turut serta dalam Jawatankuasa Tindakan Dewan Negeri.

Pada sidang media itu juga Nizar turut menyatakan rasa sedihnya di atas keputusan Mahkamah Persekutuan, yang memihak kepada Zambry, sambil menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu sejarah hitam, bukan sahaja bagi negeri Perak, malah bagi seluruh negara.

Keputusan yang dibuat oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan tersebut katanya, memperlihatkan seolah-olah menyokong kerajaan haram di Perak dengan hujah-hujah yang tidak konsisten berbanding dengan kes-kes yang hampir sama berlaku di Sabah.

Mengenai kemungkinan beliau membuat rayuan ‘review’ terhadap penghakiman tersebut, Nizar menegaskan beliau tidak berminat dan tidak mahu membuang masa kerana urusannya sangat rumit.

Nizar memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan bertindak sebagai pembangkang yang kuat dan sihat serta berkesan dalam Dewan Undangan Negeri Perak dan dalam masa yang sama akan meneruskan kerja-kerja sebagai wakil rakyat yang prihatin terhadap masalah rakyat.

“Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.

“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.

“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti.

Katanya, perlu diperjelaskan perbuatan melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara sah mengikut demokrasi adalah salah.

“Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya.

Katanya, walaupun tidak menentang dengan demontrasi, namun ia boleh dilakukan dengan cara menanam rasa benci di hati rakyat berhubung perkara itu.

Kata beliau, melompat parti disifat sebagai pecah amanah rakyat yang mengundi mereka.

Tambahnya, pecah amanah sedemikian akan berulang pada masa akan datang disebabkan mereka semakin galak melakukan kerja jahat.

“Tidak mustahil huru hara akan berlaku di negara ini sekiranya tindakan galak tersebut dibiarkan berterusan,” ujarnya.

Konvensyen Pakatan Rakyat pertama yang diadakan pada 19 Disember, dilihat sebagai langkah penting ke arah Sistem Dua Parti oleh media cetak bahasa Cina. Walaupun Dasar Pakatan Rakyat dianggap mengelak dari sesetengah isu pokok dan kurang sempurna, namun rata-rata menyambut baik usaha PR untuk bermuafakat dalam perbezaan.

Gambar ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti komponen PR, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng (atau Lim Kit Siang) dan Abdul Hadi Awang berpegang tangan dipaparkan di kesemua akhbar Cina. Malah, China Press pada 20 Disember menonjolkan gambar Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat berpelukan dengan Presiden PAS Hadi Awang, yang dianggapnya sebagai tumpuan media.

China Press memetik kata-kata Nik Aziz, “Sangat jijik bila hampiri UMNO”, untuk ditonjolkan sebagai tajuk besar pada muka surat A12. Interaksi antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan pemimpin PAS juga dilaporkan, dengan tajuk “Berselisih dengan pemimpin PAS? Karpal: Tiada masalah hubungan.”

Sin Chew: Titik tolak baru PR

Lidah pengarang Sin Chew Daily pada 21 Disember menulis, “suasana konvensyen adalah harmoni dan dilihat bersepadu. Apa yang kurang adalah, PR jelas mengelak dari isu-isu dalaman yang mustahak, sekadar menuding jari ke arah Barisan Nasional, memberi persepsi bahawa ianya superficial, dan menyapu masalah ke dalam carpet.”

“Dalam reformasi politik pula, PR dianggap kurang terbuka dan berani, misalnya pilihan raya kerajaan tempatan tidak diterap ke dalam dasar.” Lidah pengarang ini menyaran agar Dasar PR memasukkan penyelesaian yang lebih pragmatik, yang dapat memperlihatkan kemampuan memerintah dan berubah, termasuklah pengurusan ekonomi, reformasi sistem pendidikan, pemindaan akta yang tidak relevan dan sebagainya, untuk menyempurnakan dasar PR.

Malah, Sin Chew menganggap PR menunjukkan fenomena merosot sementara BN di bawah pimpinan PM Najib Razak kini semakin terkeluar dari bayang PRU ke-12. Media ini bertanggapan bahawa gagasan “1Malaysia”, malah Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Najib untuk Program Transformasi Kerajaan semakin disenangi,dan Najib mula mengembalikan sokongan rakyat.

Justeru itu, Sin Chew menganggap PR perlu mengatasi program tranformasi BN melalui dasar dan tindakan, menunaikan janji untuk mengekalkan sokongan. continue reading…

BULETIN ONLINE

Walaupun Umno masih menyambut kemenangan ‘ajaib’nya di Bagan Pinang beberapa hari lalu, namun kejayaan itu tidak dikongsi oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, walaupun dikatakan menang dengan bergaya.Ketika pemimpin parti itu ‘mendabik dada’ membawa hadiah kemenangan itu ke dalam perhimpunan agung Umno yang bermula kelmarin, ada dikalangan ahli parti itu yang kurang bersemangat.

Ia adalah kerana mereka masih merasai semangat anti-Umno masih kuat dikalangan rakyat negera ini.

Kemenangan di Bagan Pinang telah menghentikan ’badi sial’ kekalahan memanjang yang menyelubungi Umno.

Selepas kalah tujuh dari lapan pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum lalu, calonnya Tan Sri Isa Samad meraih kemenangan besar mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Kemenangan itu memberi harapan pemulihan kepada parti Umno sebagaimana ungkapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Ia dilihat rakyat kembali yakin dan percaya kepada BN,”.

Namun sebaliknya, kejayaan tersebut ’diwarnai’ dengan imej Isa yang tercemar; beliau telah digantung keahliannya selama tiga tahun kerana membeli undi dalam pemilihan parti itu, pada tahun 2004.

”Sekiranya Umno ghairah tentang kemenangan di satu tempat, manakala kalah di tempat-tempat lain…. jika kita hilang rasa bertanggungjawab, saya percaya kita tidak akan mencapai kemenangan atau mungkin tidak menang dalam pilihanraya akan datang,”kata bekas Perdana Menteri Tun Mahathir

Ahli politik Gerakan Hsu Dar Ren berkata perasaan ‘anti-establihment’ masih kuat. Beliau percaya fakta Umno meletakkan calon tercemar akan digunakan menentangnya pada masa depan.

Apa perubahan kesan dari pilihanraya kecil ialah ’gaya’ (dynamics) dikalangan perkongsian kuasa BN kerana Umno memenangi pilihanraya kecil tersebut tanpa banyak pertolongan dari MCA.

Isa dikatakan meraih sokongan dari kaum India yang sebaliknya menolak MIC, manakala MCA sedang bergelut mengatasi kemelut dalaman selepas perwakilan menolak dua pemimpin tertingginya.

Kemenangan Isa dikatakan meletakkan Umno pada kedudukan yang kuat mengatasi parti-parti lain dalam gabungan BN.

Beberapa tokoh Umno percaya kemenangan Umno bukan kerjasama diantaranya dengan parti-parti bukan Melayu dalam BN, lalu mencadangkan BN menghadkan kawasan-kawasan majoriti Melayu yang akan ditandingi oleh calon-calon bukan Islam pada pilihanraya akan datang.

Putera Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, turut menggesa Menteri cabinet dari MCA meletakkan jawatan selepas perwakilan MCA hilang keprcayaan kepada pemimpinya.

Gesaan sedemikian meningkatkan tekanan kepada Najib untuk bertindak sendirian, sekiranya diperlukan.

Najib telah pun mula menjalin hubungan dengan kumpulan minoriti, dengan mengiktiraf ’Makhal Sakti’.

Mengambil kaedah demikian akan menimbulkan risiko, tindakan Najib menganjurkan kerja bersama kaum India didorong kerana kaum tersebut tidak mampu berdiri sendiri dalam soal ekonomi.

Kaum Cina, sebaliknya, masih skeptikal, dan mungkin sukar untuk didekati.

Kajian terbaru Merdeka Centre menujukkan 68% kaum India mengiktiraf kepimpinan Najib bagaimana pun jumlah yang sama menolak MIC.

Namun kaun Cina memberikan nilaian yang terendah kepada Najib, yang akan membawa Malaysia lebih ’berbilang-bilang’, kata penganalisi politik, Rita Sim.

02Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Hishamuddin Hashim berkata Teoh Beng Hock tidak dibenarkan meninggalkan prosiding penyiasatan.

Hishamuddin dalam akuan beliau di inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abbas berkata mana-mana saksi tidak dibenarkan pulang tanpa izin pegawai penyiasat.

Inkues hari ini menyaksikan pegawai kedua tertinggi SPRM negeri dipanggil ke kandang saksi. Inkues diwujudkan bagi menyiasat misteri kematian setiausaha kepada exco Selangor, Teoh Beng Hock yang maut selepas disoalsiasat SPRM.

Ketika disoal peguam keluarga mangsa, Hishamuddin menolak dakwaan bahawa Beng Hock maut dibawah jagaan beliau.

Pegawai SPRM ini menjelaskan pegawai-pegawai bawahannya memaklumkan bahawa Teoh telah dilepaskan dan akan kembali keesokan harinya untuk membantu siasatan.

Dalam perkembangan yang sama, Unit Siasatan SPRM mendedahkan tiada usaha untuk mencari Beng Hock dibuat selepas mangsa dikesan hilang dari kawalan mereka.

Ketua Unit Siasatan, Hairul Ilham Hamzah berkata pihaknya hanya berlegar-legar di premis SPRM tanpa terfikir untuk menghubungi telefon bimbit mangsa.

02Pimpinan UMNO Barisan Nasional (BN) mengitar semula isu lama termasuk isu RM3 bilion bagi menjatuhkan kredibiliti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kian mendapat sokongan dari segenap lapisan rakyat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, isu pada 1999 itu telah pun dijawab Anwar ketika itu tapi dibangkitkan semula berikutan pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Katanya, ia bertujuan menyerang Anwar selaku peneraju Pakatan Rakyat melalui media massa bagi menenggelam imej negatif calon BN, Tan Sri Isa Samad yang sinonim dengan politik wang.

“Umno-BN cuba mengalih perhatian rakyat dari tertumpu kepada kes rasuah Isa dengan menonjolkan Anwar, kononnya memiliki banyak wang, sedangkan ia isu lapuk dan telah dijawab Anwar,” katanya kepada Suara Keadilan.

Malah, Shamsul berkata, KEADILAN ketika itu sudah meminta kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat dakwaan berkenaan tapi sehingga kini, tidak dilakukan.

“Kita juga menuntut supaya siasatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terbabit dalam komisyen pembelian kapal selam. Kita harap tiada ‘double standard’ berlaku,” katanya.

Shamsul berkata, parti tidak bimbang dengan tindakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat laporan polis berhubung dakwaan itu tapi meminta siasatan terhadap pimpinan UMNO BN juga dibuat.

02Bagi pengamal politik yang realistik, kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, bukan suatu kejutan. Ia sudah diduga, cumanya pertambahan majoriti Barisan Nasional (BN) membuat dahi sedikit berkerut.

Sudah berakhirkah momentum tsunami politik pada 8 Mac lalu? Apakah arus perubahan politik hanya di utara, tidak kesampaian ke selatan Semenanjung?

Tidak! Sebaliknya, keputusan itu harus ditelan penyokong Pakatan Rakyat dengan bijaksana. Biarkan sahaja penyokong BN terbuai-buai dengan emosi mereka. Mereka sudah gian kerana telah lama tidak mengecap kemenangan.

Biar mereka berpesta dengan satu-satu kemenangan di Semenanjung Malaysia sedangkan hakikatnya, Pakatan Rakyat tidak kurang waima satu kerusi pun sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, sebaliknya BN masih kekurangan satu kerusi di Kuala Terengganu.

Secara mudah, BN masih ketinggalan dalam perlumbaan memenangi hati pengundi, sedangkan Pakatan Rakyat masih laju memecut ke persada Putrajaya tapi berhenti seketika untuk untuk mengisi minyak.

Barangkali, mereka lupa akan senario Ijok. Ijok pada pilihan raya kecil yang berlangsung sebelum PRU ke-12 menyaksikan kemenangan BN dengan pertambahan majoriti.

Ia berikutan seluruh jentera baik media arus perdana mahupun agensi kerajaan dikerah bagi memastikan kerusi itu tidak terlepas ke tangan pembangkang. BN berjaya.

Sebaliknya, BN pada PRU 12 tumbang di Ijok, malah calon KEADILAN, Tan Sri Khalid Ibrahim – calon sama yang tewas pada pilihan raya kecil itu, menjadi Menteri Besar Selangor.

Bukan Ijok saja, bahkan seluruh negeri ditawan Pakatan Rakyat. Inilah kemungkinan yang bakal terjadi pada PRU ke-13 kelak di Bagan Pinang khasnya, Negeri Sembilan amnya.

Kemenangan jar-rang-jar-rang (baca dengan nada P Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang) BN kali ini, bukan bermakna kejayaan sama bakal menanti mereka pada PRU 13. Belum tentu.

Sebab itu, penyokong Pakatan Rakyat usah patah hati. Kebenaran pasti membawa kejayaan. Semakin BN alpa dan mabuk dengan kemenangan Bagan Pinang, semakin mudah Putrajaya ditawan.

Hal ini sudah dihidu Tengku Razaleigh Hamzah apabila menyatakan, lebih baik BN kalah di Bagan Pinang kerana ia seolah-olah suatu endosmen terhadap rasuah kepada parti dan kerajaan.

Pun begitu, kemenangan Isa yang calar balar dengan imej rasuahnya tapi tetap menang dengan peningkatan majoriti, perlu dikupas pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PAS secara rasional.

Mungkinkah status quo pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat di selatan Semenanjung perlu diubah suai bagi menarik sokongan rakyat lantaran pengundi di selatan didakwa kurang serasi dengan parti itu.

Sebaliknya, mereka khususnya pengundi Melayu sejak merdeka tidak mesra dengan imej PAS dan KEADILAN yang pada PRU 1998 mencatat prestasi memberangsangkan walaupun bertanding di kawasan maut.

Kemenangan Isa, bagaimanapun tentunya bukan disenangi orang Umno sendiri termasuk di Negeri Sembilan. Kejayaan bekas Menteri Besar itu membuat ‘comeback’ pasti menimbulkan kegusaran Menteri Besar, Mohamad Hassan yang akrab dengan Khairy Jamaluddin.

Tidak kurang juga yang melabel kemenangan itu bukan kejayaan BN, sebaliknya kemenangan peribadi – Isa untuk yang pernah menjadi Naib Presiden Umno sebelum digantung tiga tahun berikutan terpalit dengan imej politik wang.

Kemenangan itu datang pada harga tinggi lantaran Umno-BN terpaksa menggunakan kelebihan undi pos dan taktik samseng bagi meraih kemenangan dengan mempertaruh perpaduan Umno negeri.

Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon BN, K Partiban, 38, menewaskan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, 61, dengan majoriti 1,850undi.

Undi yang diberikan kepada PKR meningkat daripada 3,564 pada pilihan raya lalu kepada 4,034 undi kali ini, iaitu perbezaan 470 undi. Sokongan kepada BN juga meningkat sebanyak 671, iaitu daripada 5,213 kepada 5,884.

Tetapi, pada pilihan raya lalu, calon Bebas turut bertanding dan mendapat 313 undi.

Oleh Afrar Yunus

KJ juga perlu disiasat. Itu kata Anwar Ibrahim dan Angkatan Muda Keadilan.Kekayaan luar biasa yang ia miliki datang dari mana ?Adakah ECM Libra yang menjutawankannya atau sahabat karibnya Kalimullah Hassan.

KJ juga perlu disiasat. Itu kata Anwar Ibrahim dan Angkatan Muda Keadilan.Kekayaan luar biasa yang ia miliki datang dari mana ?Adakah ECM Libra yang menjutawankannya atau sahabat karibnya Kalimullah Hassan.

Menurut sumber yang rapat dengan Kalimullah, beliau sendiri hanya pernah memiliki sebuah ‘motosikal berwarna kuning’ sahaja pada tahun 1980-an. Beliau juga dikatakan menjadi kaya dalam sekelip mata.

Nor Mohamed Yakcop bekas Menteri Kewangan Malaysia merupakan orang yang perlu disiasat sama. Baling batu sorok tangannya dalam banyak kes melibatkan negara masih belum dibongkarkan.

Satu ketika dahulu Ezam Md Nor beria-ia sangat membuat laporan dimerata tempat tentang perkara ini.

Pada fikiran pemerhati politik yang juga merupakan orang awam, Nor Mohamed, Kalimullah dan KJ perlu disiasat kerana banyak dakwaan mengatakan mereka membaham kekayaan negara.

Tentu Tun Dr Mahathir Mohamed bersetuju dengan pendapat awam ini dan akan meminta Najib mendahulukan kehendak rakyat.