Skip to content

Arena Timur

Arena mencari keadilan

BULETIN ONLINE

Walaupun Umno masih menyambut kemenangan ‘ajaib’nya di Bagan Pinang beberapa hari lalu, namun kejayaan itu tidak dikongsi oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, walaupun dikatakan menang dengan bergaya.Ketika pemimpin parti itu ‘mendabik dada’ membawa hadiah kemenangan itu ke dalam perhimpunan agung Umno yang bermula kelmarin, ada dikalangan ahli parti itu yang kurang bersemangat.

Ia adalah kerana mereka masih merasai semangat anti-Umno masih kuat dikalangan rakyat negera ini.

Kemenangan di Bagan Pinang telah menghentikan ’badi sial’ kekalahan memanjang yang menyelubungi Umno.

Selepas kalah tujuh dari lapan pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum lalu, calonnya Tan Sri Isa Samad meraih kemenangan besar mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Kemenangan itu memberi harapan pemulihan kepada parti Umno sebagaimana ungkapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Ia dilihat rakyat kembali yakin dan percaya kepada BN,”.

Namun sebaliknya, kejayaan tersebut ’diwarnai’ dengan imej Isa yang tercemar; beliau telah digantung keahliannya selama tiga tahun kerana membeli undi dalam pemilihan parti itu, pada tahun 2004.

”Sekiranya Umno ghairah tentang kemenangan di satu tempat, manakala kalah di tempat-tempat lain…. jika kita hilang rasa bertanggungjawab, saya percaya kita tidak akan mencapai kemenangan atau mungkin tidak menang dalam pilihanraya akan datang,”kata bekas Perdana Menteri Tun Mahathir

Ahli politik Gerakan Hsu Dar Ren berkata perasaan ‘anti-establihment’ masih kuat. Beliau percaya fakta Umno meletakkan calon tercemar akan digunakan menentangnya pada masa depan.

Apa perubahan kesan dari pilihanraya kecil ialah ’gaya’ (dynamics) dikalangan perkongsian kuasa BN kerana Umno memenangi pilihanraya kecil tersebut tanpa banyak pertolongan dari MCA.

Isa dikatakan meraih sokongan dari kaum India yang sebaliknya menolak MIC, manakala MCA sedang bergelut mengatasi kemelut dalaman selepas perwakilan menolak dua pemimpin tertingginya.

Kemenangan Isa dikatakan meletakkan Umno pada kedudukan yang kuat mengatasi parti-parti lain dalam gabungan BN.

Beberapa tokoh Umno percaya kemenangan Umno bukan kerjasama diantaranya dengan parti-parti bukan Melayu dalam BN, lalu mencadangkan BN menghadkan kawasan-kawasan majoriti Melayu yang akan ditandingi oleh calon-calon bukan Islam pada pilihanraya akan datang.

Putera Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, turut menggesa Menteri cabinet dari MCA meletakkan jawatan selepas perwakilan MCA hilang keprcayaan kepada pemimpinya.

Gesaan sedemikian meningkatkan tekanan kepada Najib untuk bertindak sendirian, sekiranya diperlukan.

Najib telah pun mula menjalin hubungan dengan kumpulan minoriti, dengan mengiktiraf ’Makhal Sakti’.

Mengambil kaedah demikian akan menimbulkan risiko, tindakan Najib menganjurkan kerja bersama kaum India didorong kerana kaum tersebut tidak mampu berdiri sendiri dalam soal ekonomi.

Kaum Cina, sebaliknya, masih skeptikal, dan mungkin sukar untuk didekati.

Kajian terbaru Merdeka Centre menujukkan 68% kaum India mengiktiraf kepimpinan Najib bagaimana pun jumlah yang sama menolak MIC.

Namun kaun Cina memberikan nilaian yang terendah kepada Najib, yang akan membawa Malaysia lebih ’berbilang-bilang’, kata penganalisi politik, Rita Sim.

02Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Hishamuddin Hashim berkata Teoh Beng Hock tidak dibenarkan meninggalkan prosiding penyiasatan.

Hishamuddin dalam akuan beliau di inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abbas berkata mana-mana saksi tidak dibenarkan pulang tanpa izin pegawai penyiasat.

Inkues hari ini menyaksikan pegawai kedua tertinggi SPRM negeri dipanggil ke kandang saksi. Inkues diwujudkan bagi menyiasat misteri kematian setiausaha kepada exco Selangor, Teoh Beng Hock yang maut selepas disoalsiasat SPRM.

Ketika disoal peguam keluarga mangsa, Hishamuddin menolak dakwaan bahawa Beng Hock maut dibawah jagaan beliau.

Pegawai SPRM ini menjelaskan pegawai-pegawai bawahannya memaklumkan bahawa Teoh telah dilepaskan dan akan kembali keesokan harinya untuk membantu siasatan.

Dalam perkembangan yang sama, Unit Siasatan SPRM mendedahkan tiada usaha untuk mencari Beng Hock dibuat selepas mangsa dikesan hilang dari kawalan mereka.

Ketua Unit Siasatan, Hairul Ilham Hamzah berkata pihaknya hanya berlegar-legar di premis SPRM tanpa terfikir untuk menghubungi telefon bimbit mangsa.

02Pimpinan UMNO Barisan Nasional (BN) mengitar semula isu lama termasuk isu RM3 bilion bagi menjatuhkan kredibiliti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kian mendapat sokongan dari segenap lapisan rakyat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, isu pada 1999 itu telah pun dijawab Anwar ketika itu tapi dibangkitkan semula berikutan pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Katanya, ia bertujuan menyerang Anwar selaku peneraju Pakatan Rakyat melalui media massa bagi menenggelam imej negatif calon BN, Tan Sri Isa Samad yang sinonim dengan politik wang.

“Umno-BN cuba mengalih perhatian rakyat dari tertumpu kepada kes rasuah Isa dengan menonjolkan Anwar, kononnya memiliki banyak wang, sedangkan ia isu lapuk dan telah dijawab Anwar,” katanya kepada Suara Keadilan.

Malah, Shamsul berkata, KEADILAN ketika itu sudah meminta kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat dakwaan berkenaan tapi sehingga kini, tidak dilakukan.

“Kita juga menuntut supaya siasatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terbabit dalam komisyen pembelian kapal selam. Kita harap tiada ‘double standard’ berlaku,” katanya.

Shamsul berkata, parti tidak bimbang dengan tindakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat laporan polis berhubung dakwaan itu tapi meminta siasatan terhadap pimpinan UMNO BN juga dibuat.

02Bagi pengamal politik yang realistik, kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, bukan suatu kejutan. Ia sudah diduga, cumanya pertambahan majoriti Barisan Nasional (BN) membuat dahi sedikit berkerut.

Sudah berakhirkah momentum tsunami politik pada 8 Mac lalu? Apakah arus perubahan politik hanya di utara, tidak kesampaian ke selatan Semenanjung?

Tidak! Sebaliknya, keputusan itu harus ditelan penyokong Pakatan Rakyat dengan bijaksana. Biarkan sahaja penyokong BN terbuai-buai dengan emosi mereka. Mereka sudah gian kerana telah lama tidak mengecap kemenangan.

Biar mereka berpesta dengan satu-satu kemenangan di Semenanjung Malaysia sedangkan hakikatnya, Pakatan Rakyat tidak kurang waima satu kerusi pun sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, sebaliknya BN masih kekurangan satu kerusi di Kuala Terengganu.

Secara mudah, BN masih ketinggalan dalam perlumbaan memenangi hati pengundi, sedangkan Pakatan Rakyat masih laju memecut ke persada Putrajaya tapi berhenti seketika untuk untuk mengisi minyak.

Barangkali, mereka lupa akan senario Ijok. Ijok pada pilihan raya kecil yang berlangsung sebelum PRU ke-12 menyaksikan kemenangan BN dengan pertambahan majoriti.

Ia berikutan seluruh jentera baik media arus perdana mahupun agensi kerajaan dikerah bagi memastikan kerusi itu tidak terlepas ke tangan pembangkang. BN berjaya.

Sebaliknya, BN pada PRU 12 tumbang di Ijok, malah calon KEADILAN, Tan Sri Khalid Ibrahim – calon sama yang tewas pada pilihan raya kecil itu, menjadi Menteri Besar Selangor.

Bukan Ijok saja, bahkan seluruh negeri ditawan Pakatan Rakyat. Inilah kemungkinan yang bakal terjadi pada PRU ke-13 kelak di Bagan Pinang khasnya, Negeri Sembilan amnya.

Kemenangan jar-rang-jar-rang (baca dengan nada P Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang) BN kali ini, bukan bermakna kejayaan sama bakal menanti mereka pada PRU 13. Belum tentu.

Sebab itu, penyokong Pakatan Rakyat usah patah hati. Kebenaran pasti membawa kejayaan. Semakin BN alpa dan mabuk dengan kemenangan Bagan Pinang, semakin mudah Putrajaya ditawan.

Hal ini sudah dihidu Tengku Razaleigh Hamzah apabila menyatakan, lebih baik BN kalah di Bagan Pinang kerana ia seolah-olah suatu endosmen terhadap rasuah kepada parti dan kerajaan.

Pun begitu, kemenangan Isa yang calar balar dengan imej rasuahnya tapi tetap menang dengan peningkatan majoriti, perlu dikupas pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PAS secara rasional.

Mungkinkah status quo pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat di selatan Semenanjung perlu diubah suai bagi menarik sokongan rakyat lantaran pengundi di selatan didakwa kurang serasi dengan parti itu.

Sebaliknya, mereka khususnya pengundi Melayu sejak merdeka tidak mesra dengan imej PAS dan KEADILAN yang pada PRU 1998 mencatat prestasi memberangsangkan walaupun bertanding di kawasan maut.

Kemenangan Isa, bagaimanapun tentunya bukan disenangi orang Umno sendiri termasuk di Negeri Sembilan. Kejayaan bekas Menteri Besar itu membuat ‘comeback’ pasti menimbulkan kegusaran Menteri Besar, Mohamad Hassan yang akrab dengan Khairy Jamaluddin.

Tidak kurang juga yang melabel kemenangan itu bukan kejayaan BN, sebaliknya kemenangan peribadi – Isa untuk yang pernah menjadi Naib Presiden Umno sebelum digantung tiga tahun berikutan terpalit dengan imej politik wang.

Kemenangan itu datang pada harga tinggi lantaran Umno-BN terpaksa menggunakan kelebihan undi pos dan taktik samseng bagi meraih kemenangan dengan mempertaruh perpaduan Umno negeri.

Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon BN, K Partiban, 38, menewaskan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, 61, dengan majoriti 1,850undi.

Undi yang diberikan kepada PKR meningkat daripada 3,564 pada pilihan raya lalu kepada 4,034 undi kali ini, iaitu perbezaan 470 undi. Sokongan kepada BN juga meningkat sebanyak 671, iaitu daripada 5,213 kepada 5,884.

Tetapi, pada pilihan raya lalu, calon Bebas turut bertanding dan mendapat 313 undi.

Oleh Afrar Yunus

KJ juga perlu disiasat. Itu kata Anwar Ibrahim dan Angkatan Muda Keadilan.Kekayaan luar biasa yang ia miliki datang dari mana ?Adakah ECM Libra yang menjutawankannya atau sahabat karibnya Kalimullah Hassan.

KJ juga perlu disiasat. Itu kata Anwar Ibrahim dan Angkatan Muda Keadilan.Kekayaan luar biasa yang ia miliki datang dari mana ?Adakah ECM Libra yang menjutawankannya atau sahabat karibnya Kalimullah Hassan.

Menurut sumber yang rapat dengan Kalimullah, beliau sendiri hanya pernah memiliki sebuah ‘motosikal berwarna kuning’ sahaja pada tahun 1980-an. Beliau juga dikatakan menjadi kaya dalam sekelip mata.

Nor Mohamed Yakcop bekas Menteri Kewangan Malaysia merupakan orang yang perlu disiasat sama. Baling batu sorok tangannya dalam banyak kes melibatkan negara masih belum dibongkarkan.

Satu ketika dahulu Ezam Md Nor beria-ia sangat membuat laporan dimerata tempat tentang perkara ini.

Pada fikiran pemerhati politik yang juga merupakan orang awam, Nor Mohamed, Kalimullah dan KJ perlu disiasat kerana banyak dakwaan mengatakan mereka membaham kekayaan negara.

Tentu Tun Dr Mahathir Mohamed bersetuju dengan pendapat awam ini dan akan meminta Najib mendahulukan kehendak rakyat.

Calon PAS Pilihanraya Kecil N31 Dewan Udangan Negeri Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad Omar menerima keputusan pengundi Bagan Pinang dan melihat faktor ketakutan yang ditimbulkan UMNO Barisan Nasional sebagai faktor kekalahan pilihanraya kali ini.

Beliau juga tidak menolak faktor undi pos yang turut membawa kepada kekalahannya.

“Kita terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Dalam masa yang sama kami akan berbincang untuk baiki sistem undi pos. Kami juga akan meneliti permasalahan kejadian pergaduhan dan proses menakut- nakutkan pengundi semasa pilihanraya ini berlangung,” ujarnya.

Pilihanraya kecil yang berlangsung semalam menyaksikan tindakan ganas penyokong UMNO Barisan Nasional membaling batu kepada penyokong Pakatan Rakyat di Pusat Pembuangan Undi Telok Kemang.

Tindakan mereka menimbulkan provokasi dengan memanggil penyokong PAS sebagai anjing dan babi dan pelbagai kata- kata kesat yang lain.

Krew Tv Antara yang turun ke lokasi melaporkan polis dan Unit Simpanan Persekutuan hanya bertindak sebagai pemerhati tanpa sebarang usaha untuk memulihkan keadaan berkenaan.

Pilihanraya kecil kali ini juga menyaksikan peningkatan ketara jumlah undi pos yang dipercayai turut menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menawan kubu kuat UMNO Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya SPR merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih. Undi tentera DUN ini sahaja mencecah 5 ribu undi dan menjadi batu halangan besar kepada gagasan kerajaan alternatif menewaskan calon pemerintah di Bagan Pinang.

UMNO Barisan Nasional meraih 8,013 undi berbanding Pas 2,578 undi, peningkatan sebanyak 1583 undi dari keputusan PRU-12 8 Mac tahun lalu.

Sementara itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata tindakan ganas penyokong UMNO Barisan Nasional membawa budaya samseng menakut- nakutkan pengundi amat dikesali dan merosakkan suasana meriah pilihanraya.

“Kita terima dengan seadanya. Ada beberapa perkara yang akan kita dedahkan. Ada 2 perkara yang bagi saya menggugat piliharaya kecil. Pertama undi pos. Sistem undi pos ini akan kita perbaiki supaya sistem ini telus dan bersifat demokratik. Kedua budaya gensterism. Budaya ini menakut- nakutkan pengundi untuk keluar mengundi. Ini turut mempengaruhi undian pada pilihanraya kali ini,” katanya lagi.

Pilihanraya kali ini amat kontra sekali dengan pilihanraya kecil DUN Penanti Mei lalu yang disifatkan sebagai pilihanraya teraman oleh SPR. Ini berikutan UMNO Barisan Nasional tidak meletakkan calonnya pada pilihanraya berkenaan.

Seramai 600 anggota parti komponen BN di Perak didakwa akan menyertai PKR pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di Ipoh, Sabtu ini.

Bekas anggota parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan PPP dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini. continue reading…

Ketua PolisKUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan lagi khidmatnya dan perlu digantikan dengan KPN yang lebih berwibawa.

ImageMenurut Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, desakan itu dibuat selepas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam.

Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato’ Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.

Menurut Anwar, masalah jenayah dan rasuah masih terus membelenggu negara hingga persepsi negara lain buruk terhadap Malaysia. continue reading…

Testimoni Anak Seorang Tahanan ISA

Oleh Suhaib Mat Sah

suhaibNama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya……

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur…

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis….

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah… Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian….

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah… continue reading…